Tuesday, August 18, 2009

GOTONG ROYONG BERSIH KUBUR JLN KARAK, SENTUL KL

Sarapan pagi disediakan... makan dulu sebelum kerja!...

Che AD tekun berkerja... semoga Allah jua yang mampu membalas jasa rakan2 semua..

Berkerja bersama-sama sambil mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli My@PC

Presiden My@PC, The Zool yang pakai baju Kuning ni sama macam geng RELA, baju warna kuning gak... huhuhu

Camni lah yg kita cari.. kerja berpasukan..

Rajin tull Lan Balut niehhh...

Kerja tekun-tekun yer Che Ariel...

Zizie tengah korek pokok-pokok kecik... hati-hati yer...

Olie yang rajin ker nih... alhamdulillah...

Mizzie pun ada... Jauh datang nih... dari Manjung!..

Uralle yang senyum dalam kepenatan....

Che AD lagi... hurmmmm...



Penat... tapi PUAS dengan apa yang telah kami kerjakan... alhamdulillah...

Che Bong!... mana tau niehhh.... huhuhu

Tekun yer... pandang sini jap, nak snap photo ni...

Duduk setelah penat dan habis berkerja.... alhamdulillah, licin kami kerjakan.. huhuhu.... kalau ada lagi, kami JOIN Lagi tahun depan...





Sabtu 15 Ogos 2009, Sebanyak 18 kereta ahli "Malaysia Perdana Club" telah berkumpul di Tanah Perkuburan Jalan Karak, Daerah Sentul bagi bersama-sama bergotong royong dalam Program membersih Tanah Perkuburan Islam tersebut. Program ini adalah anjuran JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dengan kerjasama badan-badan kerajaan termasuk DBKL, Angkatan Tentera Malaysia, RELA, NGO termasuk My@PC, sekolah-sekolah serta institusi Pengajian dan Penduduk setempat.

Program ini dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Peserta dibekalkan dengan sarapan pagi, air mineral, topi, baju T dan peralatan untuk pembersihan. Walaupun kawasan perkuburan tersebut amat luas, namun pembahagian kerja melalui pecahan berkumpulan mengikut kawasan telah melancarkan Program ini.

Walaupun kami dari My@PC hanya memberi sumbangan yang agak kecil, namum semangat kerja berkumpulan yang tinggi bersama lain-lain badan serta agensi, maka kami telah bersama-sama menjayakan program tersebut pada kali ini.

Kita ikuti serba sedikit gambar-gambar yang sempat kami rakamkan pada hari tersebut...

Gambar ikhsan dari AD Tundo..