Wednesday, May 19, 2010
LUMUT - My@PC Family Day [28-30 Mei '10]
Jumaat 28 Mei 2010 - Sebanyak 70 buah kereta dari Kelab Pemilik Kereta Perdana Malaysia iaitu My@PC dari seluruh Pelusuk Malaysia telah berkumpul di Marina Cove, Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Turut bersama mengikuti konvoi Family Day ke Lumut pada kali ini adalah 12 orang anak yatim dari rumah An-Nasuha, rumah perlindungan ini adalah dibawah naungan MyPC Central sepenuhnya yang bertempat di Taman Gombak Permai, Batu Caves, Selangor.
Seawal Jam 7.30 pagi lagi, ahli2 dari "My@PC Central" bersama beberapa ahli dari MyPC Negeri 9 dan MyPC Melaka telah berkumpul di Hentian Rehat Rawang. Sementara menunggu rakan2 untuk memulakan konvoi, ahli2 sempat menampal "sticker event" dan membuat pemeriksaan terakhir pada kenderaan masing2. Ini bagi memastikan konvoi berjalan dengan selamat dan tersusun. Sementara "Marshall" yang dilantik telah memberi taklimat ringkas dan faktor keselamat semasa berkonvoi amat dititik beratkan. Konvoi ini juga MEWAJIBKAN setiap perserta konvoi mempunyai alat radio perhubungan 2 hala atau radio amatur untuk berkomunikasi dan juga mendengar arahan dari Marshall bertugas.
Telah terbukti penggunaan alat radio perhubungan 2 hala amat berkesan pada setiap kali konvoi di adakan. Jika ada ahli2 konvoi yg mengalami sebarang masalah, mereka boleh terus melaporkan masalah tersebut kepada Marshall bertugas secara terus dan tindakan segera oleh kenderaan Teknikal atau Mekanik bertugas dapat bertindak dengan pantas. Memang tidak boleh dinafikan ada berlakunya masalah kerosakan kecil kenderaan pada setiap event, tetapi kami dapat mengatasinya dengan lancar dan melakukan pembaikkan dengan kadar segera.
Konvoi mula bergerak pada jam 9.15 pagi melalui Lebuhraya PLUS. Kemudian konvoi melalui Pekan Bidor, Pekan teluk Intan, Pekan Manjung dan seterusnya ke Marina Cove Apartment di Teluk Batik, Lumut Perak. Kami sempat singgah untuk solat jumaat bersama2 di Teluk Intan, Perak. Konvoi kemudian menyambung perjalanan semula pada jam 2.30 ptg menuju destinasi. Konvoi sampai ke destinasi di Marina Cove, Teluk Batik, Lumut pada jam 3.45 ptg setelah menjamu selera di "Restoran Ikan Bakar Villa Lumut". Ahli2 MyPC dari Perlis, Kedah, Penang dan Perak sempat berkumpul bersama2 di sini, sementara konvoi 17 buah kereta dari MyPC Kelantan masih dalam perjalanan menuju destinasi.. konvoi terakhir ini sampai ke destinasi pada jam 6.15 ptg. Menjadikan keseluruhan kereta ahli2 MyPC yang terkumpul di Lumut adalah sebanyak 70 buah kesemuanya.
Program hari Pertama kami mengadakan Jamuan Makan Malam dan "Ice Breaking" bagi sessi perkenalan antara rakan2 MyPC seluruh Malaysia. Sesuai dengan "motto" kelab iaitu 3K - "Kekeluargaan, Kebajikan dan Keceriaan". Sessi ini adalah sangat penting dan wajib bagi merapatkan lagi silaturrahim antara ahli2 MyPC seluruh Malaysia...
Program hari Kedua kami di sini pula diadakan Majlis Sukaneka diantara Rumah "PINK", Rumah "KELABU", Rumah "PURPLE" dan Rumah "OREN" pada sebelah pagi dan petangnya pula kami melawat Pengkalan Tentera Laut Lumut. Disebelah malamnya pula kami mengadakan Majlis makan malam hari kedua yang diserta pertandingan "karaoke" dan cabutan bertuah, juga majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka.
Manakala Program hari Ketiga kami mengadakan acara Shopping barangan Makanan ringin di Kedai Perniagaan Borong dan Runcit Hasil laut Tarmizi dan Zaliza di pekan Lumut. Kedai ini juga merupakan salah satu Penaja utama bagi Family Day MyPC pada kali ini. Encik Tarmizi juga sempat memberi sumbangan kepada anak2 Yatim yang kami bawa bersama. Terima kasih yang tak terhingga kepada kedai Hasil Laut Tarmizi dan Zaliza yang banyak membantu kami dalam menjayakan Program ini.
Juga tidak ketinggalan ucapan setinggi2 TERIMA KASIH kepada Penaja2 lain termasuk MK Entertainment, Marina Cove Resort Lumut (Nissfariza bt. Ahmad Isman), Haji Shuhaib b. Mohd Daud, Bengkel Cikgu M, KW dan Polis diRaja Malaysia... tak lupa juga rakan2 ahli yang menyimbang secara peribadi demi menjayakan Program Hari Keluarga MyPC ke Teluk Batik, Lumut pada kali ini... Jumpa dan jumpa lagi... 73...
Links untuk Berita bergambar seterusnya:
Sila Klik atas Links ini...
DAY 1
Berkumpul di R&R Rawang seawal jam 7.30 pg lagi... semangat yg KENTAL..
Masih menunggu rakan2 MyPC... ada kereta rakan yg menghadapi masalah kecil... tunggu lah jap.. kalau lama tinggal jer.. huhu
Sementara menunggu rakan2 MyPC yg lain sampai... sempat juga utk "last inspection" terhadap jentera masing...
Para MARSHALL dan petugas yg menjaga Konvoi Hari Keluarga pada kali ini... GUD JOB all...
Marshall Kal sedang memberi taklimat kpd peserta konvoi mengenai perjalanan dan aspek keselamatan yg perlu diambil...
Kelihatan kaum ibu yg turut sama memberi SEMANGAT pd konvoi kali ini.. Bacaan DOA mengiringi permulaan perjalanan Konvoi... semoga SELAMAT pergi dan Pulang... Aminnnn
Kenderaan mula bergerak menuju destinasi... Marina Cove Lumut, Perak...
Berhenti menjamu selera sebelum daftar masuk ke Marina Cove....
"Jemput makan!..." Majlis makan malam hari pertama... Slurppppp...
Anak2 Yatim yg turut sama mengikuti konvoi... 12 orang kesemuanya..."Makan dik, silakann.. makan kenyang2 yer..."
Sebahagian peserta yg tgh menjamu selera... kelihatan Keluarga MyPC Ariel selaku Bendahari kelab MyPC...
Orang2 kuat MyPC niehhh... makan... makan... tambah2...
DAY 2
Kumpulan Rumah PINK....
Kumpulan Rumah KELABU....
Kumpulan Rumah OREN!...
Ralat: Kumpulan Rumah PURPLE tiada Gambar... HARAP MAAF!... Puas cari kat Forum, Kat FB tp tak jumpa!... huhu
Bersedia utk Pertandingan Tarik tali!.... Sediaaaaa... Mulaaaaa...
Tarik tali Rumah PINK.....
Tarik tali Rumah KELABU....
Tarik tali rumah PURPLE...
Tarik tali rumah OREN....
Rumah KELABU selaku juara Tarik Tali... Tahniah!...
Acara selipar Gergasi... yg ni Kaum Bapa dan Kaum Ibu bersama2 membantu secara bergilir2...
Jalan elok2 noooo.... langkah kiri dan kanan perlu serasi... kalau tak, nanti tergolek "dog"... hahaha....
Acara bagi kaum Ibu... "Baby Care"... Baling Belon yg berisi Air... susah wooooo...
Sambut elok2 yer... kalau pecah, habis lah kena air dlm belon tuh... hati2....
Sepak bola sambil melompat dalam guni... adussss... Lintang pukang dibuat nyer!... apa pun, mmg best lah.. huhu
Acara Sukaneka utk Anak2 juga tidak ketinggalan... Tiup belon... Pecahkan dan berlari ke Hujung!... cepat.. cepat....
Acara Sukaneka utk Anak2 membawa bola ping pong dalam sudu... seronok nyer anak2 MyPC nieh... cepat dikkk....
Semua TUJU kolam utk berendam selepas saja acara Sukaneka.... Panas yg amat wooo.... Mari SEJUKKAN badan dulu....
Ketepi... ketepi... ahli gimnastik yg spestik nak buat terjunan... hoo..ho...hooo....
Hilangkan penat dengan berendam... Perghhhhh
Sebelah Petang Hari ke-2... Sedang menunggu di pintu masuk Pengkalan Tentera Laut Lumut... sabar yer!...
Para Peserta semua berdebar2 utk memasuki Pengkalan Tentera Laut.. maklumlah, Pertama kali nak tengok kapal Perang!... Betapa hebatnya Malaysia...
Markas Armada dari Pandangan Jauh...
Jalan kaki sikit jer... Semangat tuh! tengok Kapal perang... Jgn lepaskan PELUANG seumur hidup... hehe
Jom kita melawat kapal2 TLDM yg hebat2 kesemuanya!.. pilih lah yg mana satu yer....
Kapal Laksamana Tun Abdul Jamil...
Salah sebuah kapal Perang yg sempat dilawati... Lengkap utk Berjuang! Tabik kat TLDM...
Menaiki Kapal Logistik (Kapal pengangkut) TLDM... Besar yg amat!...
Makan Malam hari kedua dimulakan dengan Perasmian Tabung Rumah Perlindungan Nasuha...
Inilah 12 anak2 Yatim dari Rumah Perlindungan Nasuha, Taman Gombak Permai, Batu Caves...
Dengan RASMI nya TABUNG RUMAH PERLINDUNGAN NASUHA dilancarkan... dan akan diletakkan di Restoran TEMPUA, Kg Batu Muda Tambahan, Sentul...
Mr Presiden The Zool sedang menemuramah salah seorang anak Yatim...
Rumah PINK menerima hadiah... hurmmm OK lah... janji HAPPY!
Seronok nampak! Keluarga Rumah KELABU bersorak gembira selaku JUARA acara Sukaneka... TAHNIAH... U all sporting arrr.. tapi Rumah PINK lagi sporting.. huhu
Pertandingan karaoke MyPC... terbuka untuk ahli MyPC dan juga keluarga termasuk Ibu bapa dan adik beradik... Ramai yg telah meng"sumbangkan" pelbagai kategori lagu pada majlis makan malam ke-2 ini... huhu
Juara karaoke jatuh kepada Ibunda MyPC Ariel... Tahniah Makcik.. Suara anda mmg Power!...
Juara bagi kategori Rumah paling Kreatif & Sporting... Rumah "PINK"... Tahniah...!
Juara acara Sukaneka Jatuh kepada Rumah KELABU... Tahniah...!
DAY 3
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Marina Cove Resort Lumut...
Sehingga bertemu lagi... insyallah Marina Coves akan menjadi Pilihan kami dimasa hadapan!..
Konvoi sedang menyusun kereta utk memulakan perjalanan ke Kedai Makanan Hasil Laut Tarmizi dan Zalina...
Marshall bertugas sedang sibuk memberi arahan bagi penyusunan kereta MyPC agar pergerakan konvoi lancar...
Kedai makanan Hasil laut Tarmizi dan Zalina selaku Penaja Rasmi MyPC sepanjang event di Lumut ini..
Pemilik Kedai makanan Hasil laut iaitu En. Tarmizi juga sempat menghulur sumbangan kpd 12 org anak2 Yatim yg kami bawa bersama... Setinggi2 Ucapan Terima Kasih daripada kami...
Bacaan doa selamat daripada Pakcik Sujai mengiringi perpisahan dan seterusnya menutup Program Hari Keluarga MyPC di Lumut ini... Semoga ahli2 MyPC selamat tiba kedestinasi masing2... Insyallah
Acara salam surai antara ahli2 MyPC seluruh Malaysia sebelum meninggalkan Pekan Lumut untuk menuju destinasi negeri masing2...
Sehingga ketemu lagi di Event yang akan datang nanti... 73 Cherioooo
Projek Manager: Jeff Maybank
Penasihat Event: Mike
Timbalan PM: Olie
S/U Event: Apulyani
Ko'ordinator Event: Nissfariza (Marina Cove)
Marshall dan Petugas Konvoi: Che AD, Kal, D'wan, Aman, Amar, Apulyani, Olie, Mike, Azizie, Cikgu M, Ann V6, Bad, Che Bong, Ariel, Shamilica & Pechal.
Laporan Oleh: MyPC-0001