Tuesday, August 4, 2009

My@PC BLOOD DONATION PROGRAM

Derma Darah anda hari ini...


Menunggu kat parking Istana Budaya...


Ujian darah sebelum menderma...


Tak sakit kan.. kan... best ada laa.. huhuhu


"Jangan takut..." kata nurse tu..


Wah.. muka seronok masing2...


Takut jarum ker?... harapkan perut jer besar.. hehehe...


Sempat lagi berposing.. hurmmm...


Best eiks derma darah..


Masing2 dapat SIJIL dari Bank Darah Negara... Tahniah utk semua yg menderma...



Sabtu 01 Ogos 2009... Selaras dengan misi dan visi My@PC iaitu Kekeluargaan, Kebajikan dan Keceriaan. Satu Program derma darah yang dianjurkan oleh My@PC telah berlangsung di Bank Darah Negara di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Seramai lebih kurang 40 orang ahli My@PC termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dari Universiti Malaya dan juga Kelab Motor LC telah bersama-sama menjayakan program derma darah pada kali ini..

Program bermula di mana rakan My@PC telah berkumpul di Lot parking Istana Budaya pada jam 10.30 pagi untuk menunggu rakan-rakan yang lain sebelum bergerak ke Bank Darah Negara pada jam 11.00 pagi tersebut... Walaupun sumbangan kami tidak seberapa, tapi diharapkan dengan sumbangan darah ini dapatlah membantu Bank Darah dalam menampung atau menambah jumlah darah yang sangat-sangat diperlukan pada masa ini. Hari ini mungkin kita yg MENDERMA, mana tahu suatu hari nanti kita pulak yang MENERIMA...

Projek Manager pada kali ini telah disandang oleh Saudara Wan Zul.. Syabas dan tahniah untuk beliau kerana telah berjaya mengumpul ahli-ahli My@PC juga orang ramai yang sanggup datang bersama bagi menjayakan program tersebut..

Jom kita layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada program kali ini... Zaaaaazzzz....